Friday, January 14, 2011

MESIN WUDUK PERTAMA DI DUNIA HASIL SYARIKAT TEMPATAN



KUALA LUMPUR - Peristiwa kesukaran kira-kira 40 umat Islam mengambil wuduk daripada sebuah besen di atas sebuah feri akhirnya mencetuskan idea inovasi kepada seorang juruterbang.
Melihat kepada apa yang berlaku, Anthony Gomez (gambar kecil) yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn. Bhd., (AACE Technologies) lantas terfikir sesuatu teknologi perlu dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut.


Beliau yang pernah menjadi juruterbang peribadi kepada Sir Julius Chan, bekas Perdana Menteri Papua New Guinea, memberitahu, pengalaman itu dilaluinya ketika menaiki feri dalam perjalanan dari Jordan ke Mesir pada tahun 2006.


KETUA Imam Masjid Jamek, Mohd. Adam Sarpan mengambil wuduk menggunakan 
Auto Wudu Washer di Hotel Impiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.




Mesin Auto Wudu Washer yang dicipta oleh Anthony (gambar atas) sendiri itu merupakan mesin wuduk pertama di dunia oleh syarikat tempatan Malaysia dan produk itu mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dibangunkan.












     Laporan asal hkosmo




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...