Thursday, January 13, 2011

FAVORITE CARTOONIST !





Ape khabar viewer semua. Aku harap korang semua sihat dan santai k ! 
Aku just nk share kat korang pasal my favourite cartoonist magazine.


Dari majalah ape?

Dari Majalah APO?




Siapa lagi kalo bkn

" LAMBOK " !





Mmg release la tension aku kalo layan karya lambok n. Satu perkara yg korg tak tau , kalo nk baca karya Lambok ni just g kdai usha je muka blkg majalah tu. Tp tu pon kalo korg dah sengkek gila nak bli..wahaha ! 
aku try search images si Lambok ni tapi xjumpa gak. Cuma n je yg aku jumpa. 
Harap korg puas hati..huhu..


Artikel dari Berita Harian Online

Setiap kali mahu menjana idea untuk berkarya, kartunis ini membiarkan fikirannya nakal dan meliar ketika memerhatikan gelagat manusia dalam menjalani kehidupan harian. Daripada situasi yang mungkin pada pandangan orang lain – biasa saja, imaginasi nakal kartunis ini yang dikenali melalui nama penanya, Lambok, akan mengembang dan menokok tambah cerita hingga menjadi naskhah lucu untuk dipaparkan dalam karya.


Lambok atau Dilfitry Tajudin, adalah kartunis tamu majalah humor terbitan MOY Publication yang cukup popular dengan siri karyanya, Bedtime Stories. Kerjaya pertama Lambok sebaik tamat persekolahan adalah sebagai animator junior untuk produksi animasi, Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Sambil melakukan kerja animasi, beliau turut menghantar karya ke majalah Ujang.

Disebabkan ketika itu, terlalu ramai bakat baru yang mencuba nasib menghantar karya ke majalah itu, penantian Lambok untuk menyaksikan karyanya tersiar di majalah humor popular itu mengambil masa yang panjang. Tidak pernah berputus asa, akhirnya karya Lambok tersiar juga. Sebagai kartunis yang baru berjinak-jinak dalam bidang kartun, soal bayaran bukanlah isu utama sebaliknya apa yang lebih penting, karya garapannya tersiar.

Selepas setahun karya Lambok mendapat tempat di majalah Ujang, beliau akhirnya menerima tawaran berkarya dengan penerbitan itu. Namun, disebabkan masih mahu bergiat dalam bidang animasi, beliau membuat keputusan terus bekerja di Kharisma Pictures hinggalah syarikat menamatkan operasinya.
Lambok kemudian berkarya bersama kartunis Ujang untuk majalah humor, VariaLawak dan Lanun. Ketika bersama Lanun, Lambok dikenali dengan cerita kartun klasik, Hikayat Malim Blues. Karier Lambok terus berkembang di mana mulai 1999, beliau menjadi kartunis bebas dengan MOY Publication untuk majalah Apo?. Kali ini, Lambok tampil dengan siri Bedtime Stories yang pada mulanya memuatkan kisah seram dan misteri yang diselitkan dengan lawak. Kini, Bedtime Stories menampilkan kisah berbeza mengikut imaginasi Lambok.
“Saya berminat kepada cerita mistik dan saya percaya, masyarakat juga ramai yang gemar membaca cerita begini. Minat yang selari dengan kehendak pembaca ini secara tidak langsung memudahkan saya meluahkan idea dalam karya”.


“Tapi, selepas terlalu lama menampilkan genre seram, saya mula bosan lalu memilih untuk menjadikan siri Bedtime Stories sebagai kolum bebas untuk menampilkan karya berbeza-beza,” katanya.


Ini lak hasil temubual bersama 'Lambok' dr artikel berita harian.




Apa yang menjadi kekuatan siri Bedtime Stories hingga mempunyai ramai peminat tersendiri?
Bagi saya, formula yang merumuskan bahawa kehendak pembaca adalah bermusim dan sering berubah boleh diguna pakai. Saya beri contoh, dalam bidang hiburan, suatu ketika dulu, ramai yang mengutamakan rupa seseorang artis daripada bakatnya. Berlainan situasinya sekarang, kebanyakan individu tidak lagi mementingkan paras rupa. Sebaliknya lebih menghargai bakat seseorang artis. Begitu juga dengan kartun. Dulu, pembaca lebih meminati kartun yang rupa wataknya cantik dan comel tapi sekarang, mereka lebih mementingkan jalan cerita dan lawak berbanding rupa watak dalam sesuatu karya.
Apa yang anda lakukan jika apa yang dipaparkan dalam karya gagal mendapat sambutan?
Apabila kita mencuba sesuatu yang kita rasakan bagus dan penerimaan daripada pembaca adalah baik, kita harus meneruskannya. Tapi jika apa yang kita cuba ketengahkan tidak mendapat sambutan, lebih baik ia diberhentikan. Tidak dinafikan, akan ada sedikit rasa kecewa apabila usaha kita tidak dapat diteruskan. Namun, sebagai kartunis juga perlu fikirkan soal keuntungan dalam perniagaan.
Dalam kerjaya ini, apakah prinsip dan cara yang anda praktikkan untuk memastikan pengaruh karya anda tetap bertahan?
Proses bagi karya saya diterima pembaca mengambil masa yang agak lama. Bukan mudah hendak menambat hati pembaca. Ada juga yang karyanya cepat popular tapi ramai di antara kartunis tidak dapat mengekalkannya. Biar apapun, saya berpegang kepada prinsip dari dulu hingga kini, selagi saya yakin dengan sesuatu, saya akan perjuangkan sehingga orang menerimanya. Sokongan daripada peminat yang mendukung karya saya sejak dulu sampai sekarang juga memberikan saya semangat untuk mempertahankan apa yang saya percaya.
Adakah anda ingin bergiat lebih lama dalam bidang ini?
Dalam karier sebagai kartunis, boleh dikatakan yang saya sudah mencapai tahap kepuasan. Namun, selagi ‘jodoh’ dengan dunia kartun ini masih panjang, saya akan terus bergiat dan dari semasa ke semasa terus belajar perkara baru. Ketika masih berada dalam industri kartun, saya sempat menuntut bidang seni bina peringkat diploma. Sebaik tamat pengajian dan dalam penentuan sama ada mahu serius dalam bidang yang saya pelajari atau terus bergiat dalam bidang kartun, saya nekad memilih bidang kartun.Saya juga berjanji dengan ibu bapa saya yang saya tidak akan menyesal memilih kerjaya kartunis dan akan pergi ke tahap paling maksimum dalam kerjaya ini atau bidang yang bersangkut paut dengannya.
Dari mana datangnya idea lawak untuk setiap karya anda?
Untungnya, saya dikelilingi manusia yang kelakar, terutama rakan kartunis yang bekerja. Jadi, banyak idea yang saya peroleh dari pergaulan dengan mereka secara sengaja dan tidak sengaja. Selain itu, menonton telatah pelakon kegemaran saya seperti Stephen Chow, P Ramlee, M Zain dan A R Badul dalam filem juga banyak menyalurkan idea kepada saya dalam berkarya.
Bagaimana anda menjaga hubungan dengan penggemar karya anda?
Bukan tidak mahu mewujudkan ruang interaksi bersama peminat karya saya dan bukan saya tidak mengakui bahawa hubungan dengan peminat adalah sesuatu yang penting dalam kerjaya kartunis. Cuma saya terlalu sibuk dengan pelbagai kerja. Saya bimbang jika tidak dapat melayan atau membalas komen atau pertanyaan mereka andainya saya wujudkan ruang seperti ini. Untuk mengikuti perkembangan saya, memadailah jika mereka membaca karya saya yang disiarkan dua kali sebulan dalam majalah Apo?
Apa yang harus ada dalam diri generasi baru yang ingin menjadikan kartunis sebagai kerjaya mereka?
Kepada yang hendak menceburi kerjaya ini, mereka mestilah tahan cabaran, bercita-cita tinggi dan berusaha gigih mengecapi apa yang dicita-citakan itu. Kalau tidak bercita-cita tinggi, sia-sia saja. Dari pemerhatian saya, sangat sukar mencari generasi kartunis baru yang benar-benar memiliki potensi. Ramai yang menganggap dengan hanya bakat melukis, mereka boleh melukis kartun. Hakikatnya, kerjaya ini bukan saja memerlukan kemahiran melukis semata-mata, tapi banyak lagi elemen lain. Ibaratnya, seperti hendak menghasilkan drama atau filem di mana kreativiti dalam mencipta watak, pengarahan, plot cerita dan sudut ‘penggambaran’ harus ada dalam diri seseorang kartunis.



Ni pulak antara karya lambok yg aku dpt share..






wtfish ! 


 Bomoh penipu + kena tipu..ahaha



dipetik dari Majalah APO?

Dia n juga pernah memenangi 2 anugerah di Anugerah PeKOMIK 2009 iaitu dgn merangkul 
anugerah Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon) dan juga 
anugerah PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist)


p/s : teringin lak nk sembang2 kosong ngan si lambok n.
Banyak perkara boleh dibualkan pasal bomoh ke ? huhu.

Ape2 pon karya Lambok mmg best.. Aku bg 5 bintang !!
















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...