Friday, January 14, 2011

BOBOI BOY MALAYSIA



SETELAH berjaya mencipta fenomena Upin & Ipin yang sehingga kini menjadi perbualan ramai, pengarahnya,

 Mohd. Nizam Abdul Razak atau Nizam kini muncul dengan produk animasi terbarunya, Boboiboy.
Jika Upin & Ipin sehingga kini kekal dengan konsep 1Malaysia,

 Boboiboy pula mengetengahkan animasi tiga dimensi (3D) superhero berwajah tempatan.
Dulu ramai yang terpegun dengan hasil kerja yang dilakukan Nizam dan rakan-rakannya 

dalam menterjemah animasi Upin & Ipin sehingga berjaya diangkat ke layar perak.
Maka, tidak mustahil jika lebih ramai yang akan teruja menanti 

buah tangan terbaru mereka yang lebih segar dan menarik itu.
Bezanya kali ini, Boboiboy merupakan produk sulung milik syarikat Animonsta Studios yang diterajui 

oleh Nizam serta dua rakan kongsinya, Mohd Safwan Ab. Karim (Safwan) dan Muhammad Anas Abdul Aziz (Anas).
Dijangka bakal mencipta satu lagi fenomena terbaru ‘dunia’ interaktif tempatan, produk tersebut tidak mustahil mampu membawa kelainan dalam perkembangan profil dan penghasilan animasi tempatan.





Nizam (pengarah produksi)
Animasi yg bakal menaik di industri animasi Malaysia. Aku mmg respek dgn keupayaan 
rakyat tempatan yg mampu menghasilkan Animasi 3D yg power tahap gaban ==V
Kat bawah ni aku sediakan trailer utk animasi ni khas buat korg.




Klik link ini utk ke blog official animonsta studios










Laporan asal Utusan Online







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...